Memaparkan catatan dengan label Catatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Catatan. Papar semua catatan

5 Tahun Bersama.....

>> Rabu

Read more...

Selamat Hari Guru.....

>> Ahad

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG
1979

Read more...

Pameran Fotografi

>> Jumaat

Setelah tamatnya sesi praktikum selama 3 bulan, PISMP Pendidikan Seni Visual telah mengorak langkah untuk mengadakan pameran fotografi yang bertemakan Kent. Pameran ini telah diadakan pada 13 Mei 2010 bertempat di laluan blok pentadbiran.

Pameran kali ini telah dirasmikan oleh En. Romli Bin Darus, Timbalan Pengarah IPG Kampus Kent yang telah diiringi oleh En. Ismail Bin Ag. Piut, Ketua Jabatan Kajian Sosial, En. Mansor Mad Desa serta En.Mohd Sawari Bin Rahim selaku pensyarah Pendidikan Seni Visual.

Tujuan pameran ini diadakan adalah bagi memperkukuhkan elemen asas seni yang telah dipelajari bagi diaplikasikan di dalam fotografi kerana elemen asas seni ini tidak terletak pada lukisan semata-mata dan boleh digunakan dalam pelbagai cabang seni termasuklah seni foto.

Diharapkan penganjuran pameran ini dapat diadakan lagi pada semester hadapan dengan pelbagai aktiviti seni yang menarik agar kelas PISMP PSV Ambilan Januari 2007 sentiasa terus berkarya.

*Selamat Menempuh Peperiksaan Semester 7 buat semua...semoga berjaya   

Read more...

Kerajaan kaji naikkan elaun guru pedalaman

>> Selasa

Kuarters guru di Sabah, Sarawak akan dinaik taraf

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengkaji keperluan menaikkan elaun tambahan bagi guru yang ditempatkan di kawasan pedalaman terutama di kawasan yang dikategorikan sebagai pedalaman 2 (P2) dan pedalaman 3 (P3).


Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata itu adalah sebahagian daripada langkah ditimbangkan kerajaan bagi memastikan guru di kawasan itu yang kebanyakannya terletak di pedalaman Sabah dan Sarawak, mendapat kemudahan yang sewajarnya.

“Memang saya akui guru ini menghadapi kesukaran untuk mendapatkan bekalan makanan, sebagai contoh di Kinandut apabila mereka yang keluar membeli barang di Pensiangan adakala tersadai sehingga dua hari apabila pemandu lupa mengambil mereka dan ini menyebabkan mereka tidak dapat mengajar manakala kos mereka pergi balik naik bot pula lebih kurang RM500.

“Sebab itu guru di kawasan P3 diberi elaun tambahan RM1,500, P2 RM1,000 dan P1 RM500. Kerajaan kini sedang berusaha untuk mengkaji semula sama ada elaun ini boleh dinaikkan atau pun tidak,” katanya menjawab soalan tambahan Senator Ahamat @ Ahamad Yusop yang mahu tahu langkah yang akan diambil kementerian bagi memastikan guru di pedalaman Sabah dan Sarawak mendapat kemudahan sewajarnya.
Katanya, kerajaan juga sedang berusaha menaik taraf kuarters guru di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak bagi memastikan keselamatan mereka yang mendiaminya terjamin.

“Kerajaan akan pastikan kuarters penginapan guru ini selamat untuk diduduki dan akan naik taraf supaya ia sesuai dan selamat terutama untuk guru wanita yang bertugas di pedalaman,” katanya.
Katanya, pengambilan guru Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) dan Kursus Perguruan Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun ini berjumlah 7,079 orang.

“Bagi KPLI 1,435 calon lelaki dan 2,270 calon wanita dipanggil untuk temu duga bagi mengisi kekosongan 1,878 tempat, manakala KPLSM 5,030 calon lelaki dan 5,118 calon wanita dipanggil untuk temu duga bagi mengisi 5,201 kekosongan,” katanya.

Mengenai nisbah pengambilan guru yang akan diseimbangkan mengikut jantina iaitu 50 peratus lelaki dan 50 peratus wanita mulai tahun ini, beliau berkata ini disebabkan kerajaan kini memerlukan guru lelaki sebagai guru disiplin dan sebagai tenaga pengajar di kawasan pedalaman.

“Guru lelaki sesuai dihantar ke pedalaman atas faktor keselamatan dan sebagai memenuhi aspirasi kementerian yang mahukan sukan dimasukkan sebagai elemen penting dalam kurikulum persekolahan,” katanya.

Puad berkata demikian sebagai menjawab soalan tambahan Senator Datuk Azizah Abd Samad yang ingin tahu langkah kementerian dalam mengatasi masalah disiplin di kalangan pelajar lelaki dan jumlah calon mengikut gender yang memohon untuk menjadi guru bagi tahun ini. – Bernama

Read more...

Nisbah pengambilan guru pelatih lelaki, wanita seimbang mulai tahun ini

>> Jumaat

Nisbah pengambil guru pelatih lelaki, wanita seimbang mulai tahun ini


2010/04/16
HULU SELANGOR: Mulai tahun ini, nisbah pengambilan calon lelaki dan wanita untuk mengikuti kursus latihan perguruan akan diseimbangkan, kata Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Fuad Zarkashi.

Katanya pada pengambilan pelatih guru tahun ini, 50 peratus calon adalah lelaki dan nisbah sama untuk wanita di mana 40 peratus pelatih adalah dari Semenanjung dan 30 peratus masing-masing dari Sabah dan Sarawak.
"Ini adalah salah satu langkah kementerian bagi memastikan pelatih dari Sabah dan Sarawak boleh dihantar semula ke negeri asal mereka selepas tamat latihan manakala pelatih lain berkhidmat di Semenanjung.
"Ketika ini guru dari Semenanjung dihantar berkhidmat di Sabah dan Sarawak dan sebaliknya. Ini menimbulkan banyak masalah di samping kita dapat mengatasi masalah pertukaran guru ke kawasan pedalaman," katanya.

Fuad berkata demikian dalam sesi dialog bersama persatuan ibu bapa dan guru dari sekolah-sekolah di sekitar Batang Kali, dekat sini, hari ini.

Beliau berkata, pertukaran guru wanita ke kawasan pedalaman telah menimbulkan kebimbangan keselamatan dari pelbagai pihak.

"Kami juga ada kes di mana sebuah sekolah hanya mempunyai dua atau tiga guru lelaki dan mereka perlu menjaga aktiviti sukan bagi seluruh sekolah itu. "Dalam menjaga soal disiplin, guru lelaki adalah pilihan yang lebih baik berbanding guru wanita," katanya.

Dalam perkembangan lain, Fuad berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak akan mengabaikan sekolah vernakular di negara ini malah akan terus memberi bantuan dan geran kepada sekolah terbabit.

Selain sekolah Cina dan Tamil, kerajaan juga akan melindungi sekolah agama kerana sekolah-sekiolah ini memainkan peranan penting dalam pembangunan modal insan.

"Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan bagi memastikan semua sekolah mendapat perhatian seimbang. Kita akan terus menyediakan geran dan bantuan kepada sekolah-sekolah ini kerana mahu pelajar yang berdaftar di sekolah ini mendapat pendidikan berkualiti," katanya.

Katanya, di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), sekolah jenis kebangsaan Cina diberi peruntukan RM134 juta bagi melaksanakan pelbagai kerja menaiktaraf infrastruktur manakala sekolah Tamil pula menerima RM64 juta untuk tujuan sama.

Fuad juga berkata di bawah pakej rangsangan ekonomi yang dimumkan tahun lalu, kedua-dua sekolah Cina dan Tamil menerima peruntukan tambahan RM50 juta.

"Dalam tempoh setahun, kerajaan membelanjakan RM1.8 bilion untuk membayar gaji guru-guru di sekolah Tamil dan Cina. Ini adalah antara beberapa perkara yang kerajaan lakukan untuk sekolah-sekolah ini," katanya. - Bernama

Read more...

Seksa jadi cikgu


Oleh Khairul Azran Hussin
khaiazr@bharian.com.my
2010/04/01

TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (dua dari kiri),
 bersalaman bersama Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan 
(NUTP), Hashim Adnan semasa Perjumpaan bersama NUTP di Parlimen di Kuala
 Lumpur, semalam. - Foto Bernama
TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (dua dari kiri), bersalaman bersama Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan semasa Perjumpaan bersama NUTP di Parlimen di Kuala Lumpur, semalam. - Foto Bernama
Jawatankuasa khas diberi dua bulan selesai tekanan hidup guru: Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan bagi mengkaji beban tugas guru yang kini terpaksa melakukan kerja berlebihan, termasuk pentadbiran dan perkeranian hingga mengganggu tanggungjawab mendidik pelajar.

Jawatankuasa itu yang dipengerusikan Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom dan dianggotai beberapa pegawai pelajaran dan wakil Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) akan mengenal pasti tahap keseriusan isu berkenaan serta diberi tempoh dua bulan untuk menyelesaikannya.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata berdasarkan aduan NUTP, selain tugas mengajar, ada guru terpaksa mengendalikan aktiviti kokurikulum, bilik darjah, hal ehwal murid, pentadbiran dan perkeranian serta beberapa kerja tambahan lain.

“NUTP turut membuat aduan yang guru terpaksa bekerja setiap Sabtu disebabkan terbabit dengan banyak aktiviti, sedangkan pekeliling yang dikeluarkan membenarkan guru bercuti pada Sabtu sebanyak dua kali setiap bulan.

“Jadi, kita akan teliti masalah itu kerana tidak mahu tugas hakiki guru, iaitu mendidik pelajar tidak terganggu disebabkan bebanan macam-macam tugas yang terpaksa dibuat,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat antara Kementerian Pelajaran dengan NUTP di bangunan Parlimen, semalam.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, jawatankuasa itu akan mengenal pasti punca masalah berkenaan dan mencari penanda aras yang boleh diguna pakai bagi menyelesaikannya.
“Piawaian antarabangsa atau dari negara jiran yang tahap pendidikannya lebih tinggi boleh kita contohi,” katanya.

Muhyiddin berkata, kementerian menyedari tugas sebenar guru ialah pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, bukannya melakukan tugas tertentu yang sepatutnya dilakukan kerani.

Dalam perkembangan lain, Muhyiddin berkata, dasar baru kementerian yang menekankan aspek kokurikulum di sekolah mendapat maklum balas positif daripada NUTP yang menyatakan sokongan penuh terhadap usaha berkenaan.

“NUTP turut menyokong Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi meningkatkan jaringan pendidikan kepada rakyat. Kementerian akan cuba sedaya upaya untuk memberikan yang terbaik kepada guru dan rakyat,” katanya.

sumber: www.bharian.com.my

Read more...

Jawatankuasa kaji beban kerja guru ditubuh



MUHYIDDIN bergambar dengan ahli-ahli jawatankuasa NUTP di Parlimen, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Satu jawatankuasa ditubuhkan oleh Kementerian Pelajaran bagi mengkaji beban kerja guru yang dikatakan kian bertambah sehingga menimbulkan rungutan di kalangan golongan itu.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran berkata, kerajaan memandang serius masalah itu yang dikhuatiri menjejaskan prestasi guru terbabit dan pencapaian pelajar untuk jangka masa panjang.
"Apabila dikatakan beban tugas itu, adakah sebenarnya beban tugas ataupun tanggungjawab yang boleh dilakukan guru," kata beliau selepas mengadakan mesyuarat dengan wakil Kesatuan Kebangsaan Perkhidmatan Perguruan (NUTP) di Parlimen semalam.

sumber: www.kosmo.com.my

Read more...

Masa belajar BM dan BI dipanjangkan

>> Sabtu

Kabinet memutuskan masa pembelajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dipanjangkan mulai sesi persekolahan 2011, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata keputusan itu, yang dibuat pada mesyuarat Kabinet semalam, adalah selaras dengan usaha untuk memartabatkan Bahasa Malaysia dan memperkukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris (MBMMBI) di kalangan pelajar sekolah berikutan pemansuhan pengajian dan pembelajaran sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris tahun sudah.
Bagaimanapun beliau berkata masa persekolahan tidak akan dipanjangkan, tetapi akan diolah menjadi lebih kreatif dan menyeronokkan untuk pelajar.

"Kita akan buat pengubahsuaian dari segi kokurikulum selaras dengan perubahan-perubahan tersebut," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) ke-29 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.

Masa pembelajaran untuk Bahasa Malaysia (BM) di sekolah rendah dan menengah kebangsaan bagaimanapun akan kekal pada 240 minit seminggu tetapi bagi pembelajaran Bahasa Inggeris (BI) akan ditambah kepada 330 minit seminggu daripada 240 minit yang dipraktikkan sekarang. - Bernama


sumber : www.hmetro.com.my

Read more...

Membela pendidikan pedalaman Sabah

>> Jumaat


ROMBONGAN Mohd. Puad ke lima buah sekolah pedalaman di Pensiangan, Sabah terpaksa melalui tiga batang sungai yang cetek hingga terpaksa mengangkat dan menolak perahu.


"TAK kenal maka tak cinta." Itulah ungkapan yang sering bermain dalam fikiran Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi yang selama ini hanya mendengar keluhan rakyat Sabah dari jauh terutama yang berkaitan masalah sekolah di kawasan luar bandar di negeri itu.

Berbekalkan keazaman untuk membela nasib warga pendidik dan pelajar sekolah di luar bandar, rombongan Kementerian Pelajaran baru-baru ini melakukan satu perjalanan yang jarang sekali dilakukan oleh orang Kuala Lumpur.

Mohd. Puad dan rombongannya sanggup berjalan kaki menyusuri sungai, bukit-bukau dan meredah hutan belantara sejauh 12 kilometer (km) dari Kampung Kuala Sinapar, ke Sekolah Kebangsaan (SK) Saliliran, Pensiangan yang terletak berhampiran dengan sempadan wilayah Kalimatan Timur, Indonesia.

Sebaik tiba di SK Saliliran, rombongan Mohd. Puad menyelami cara hidup dan pelbagai masalah yang dihadapi oleh penduduk terutama berkaitan pendidikan dan keciciran pelajar.

"Selama ini saya hanya dengar keluhan rakyat di sini melalui wakil rakyat mereka dan hari ini saya lihat rungutan mereka ternyata berasas.

"Saya amat bertuah berada di sini. Walaupun baru sampai saya dapat merasakan apa yang orang kampung harapkan selama ini, kita perlu tolong mereka," katanya kepada pemberita yang mengikuti beliau ke kawasan terpencil itu.

Program turun padang memberi harapan baru kepada penduduk luar bandar khususnya di daerah Nabawan. Daerah kecil Pegalungan dan perkampungan sekitar Pensiangan terletak di bawah jagaan Pejabat Daerah Nabawan.

Selama ini hanya mereka yang tahan dan bersemangat mampu meneruskan pendidikan sehingga ke sekolah menengah di Nabawan atau di Keningau iaitu dua bahagian pedalaman di Sabah.

Sempena lawatan kerja selama tiga hari itu, Mohd. Puad mengumumkan pembinaan lebih banyak asrama di kawasan luar bandar dan sebuah sekolah menengah rendah di pekan Pensiangan, sebuah kawasan strategik yang pernah menjadi pusat pentadbiran bagi daerah Pensiangan Nabawan satu ketika dahulu.

"Pembinaan asrama ini amat penting bagi mengatasi masalah murid yang terpaksa berjalan kaki meredah hutan ke sekolah. Terutamanya pelajar atau murid SK Saliliran yang terdiri daripada penduduk Kampung Saliliran, Kampung Lilimpi, Kampung Siubol, Kampung Holobon, Kampung Tampuluk dan Kampung Malalia.

"SK Saliliran adalah sekolah pilihan mereka kerana di sekitar kawasan itu tidak ada sekolah rendah dan kedudukan geografinya yang berbukit-bukau dan berjauhan antara satu dengan yang lain," kata beliau. Berdasarkan tinjauan, antara kekangan utama mengapa berlakunya keciciran ialah faktor kemiskinan serta jarak sekolah yang jauh dari kampung asal pelajar.

Sebenarnya, isu seumpama inilah yang cuba diatasi segera oleh Kementerian Pelajaran yang sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat termasuk di luar bandar, yang jelas menuntut pengorbanan besar termasuk mengadakan program turun padang seperti yang dilakukan di Nabawan.


MOHD. PUAD beramah mesra dengan murid-murid berketurunan Murut di Sekolah Kebangsaan Tinanduk dalam siri lawatannya ke enam buah sekolah di pedalaman Pensiangan, Sabah baru-baru ini.


Mohd. Puad berkata, sebagai contoh murid dari Kampung Kabu iaitu kampung yang bersempadan dengan Lumbis, Indonesia di Nabawan mengambil inisiatif menjadikan sebuah rumah guru sebagai asrama. Penduduk kampung secara bergilir-gilir setahun sekali akan menjaga penghuni asrama itu.

"Hanya apabila cuti sekolah, mereka akan pulang ke kampung dengan meredah hutan selama lapan jam dan berhadapan dengan pelbagai cabaran ketika dalam perjalanan termasuk ancaman binatang buas," katanya.



Kos pengangkutan


Mohd. Puad berkata, sebagai individu yang bertanggungjawab dalam soal pendidikan beliau akan memastikan masalah yang dihadapi murid dan warga pendidik di sekolah-sekolah terpencil diatasi.

Sementara itu, Antabu Enih yang merupakan Ketua Kampung Kabu menyambut baik cadangan kerajaan untuk membina sebuah sekolah menengah di kawasan itu.

"Dengan adanya sebuah sekolah menengah di kawasan ini sudah pasti lebih ramai pelajar dari mukim ini dapat meneruskan pelajaran di peringkat sekolah menengah.

"Untuk bersekolah di Nabawan, ia memerlukan perbelanjaan yang cukup besar termasuk kos pengangkutan yang tinggi. Sebab itulah ramai pelajar yang tercicir dan apabila ada sekolah menengah di Pensiangan sekurang-kurangnya dapat meringankan beban kami," kata Antabu.

Antabu mempunyai dua orang anak bersekolah di Nabawan. Tidak lama lagi seorang lagi anaknya akan masuk ke alam persekolahan. Anak sulungnya kini bersekolah di Indonesia yang terletak di kawasan sempadan Pensiangan-Kalimatan Timur dan menumpang dengan saudara-mara.

Bagi Pengerusi JKKK Kampung Saliliran, Agim Sula, perhatian yang diberi oleh kerajaan untuk membangunkan rakyat melalui pendidikan dapat dilihat daripada kesungguhan yang ditunjukkan oleh Mohd. Puad yang sanggup berjalan kaki untuk melihat sendiri keperluan penduduk di kawasan itu.

Selain SK Saliliran, Mohd. Puad turut melawat SK Kuala Salong, SK Pensiangan, SK Loggongon, SK Tinanduk dan SK Sibanggali dalam lingkungan kawasan daerah kecil Pagalungan.

Turut menyertai rombongan itu ialah Pengarah Pelajaran Sabah, Dr. Muhiddin Yusin, Ketua UMNO Pensiangan, Datuk Abdul Ghani Datuk Yassin dan Pegawai Pelajaran Daerah Nabawan, Osman Aganduk. - Bernama


Sumber : www.kosmo.com.my

Read more...

Mudah naik pangkat

>> Khamis


Oleh Syuhada Choo Abdullah
choo@bharian.com.my


TIMBALAN Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyampaikan ucapan pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Pelajaran di Putrajaya, semalam. Turut kelihatan timbalannya Dr. Mohd Puad Zarkashi (duduk dua dari kanan) serta Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom (duduk kanan). - Foto Izhari Ariffin

Guru berkhidmat di luar bandar diberi kelebihan

KUALA LUMPUR: Pengalaman berkhidmat di sekolah luar bandar dan pedalaman akan diambil kira dalam pertimbangan untuk kenaikan pangkat dan pemberian insentif lain, termasuk tawaran biasiswa untuk melanjutkan pengajian pada peringkat lebih tinggi.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, berkata ganjaran itu antara bentuk dorongan baru yang sedang dikaji untuk menggalakkan guru berkhidmat di kawasan berkenaan, selain sebagai penghargaan dan pengiktirafan terhadap pengorbanan mereka.

Beliau bagaimanapun berkata, pengalaman berkhidmat di luar bandar bukan bermakna guru terbabit akan mendapat kenaikan pangkat dan ganjaran lain secara automatik, sebaliknya ia memberi mereka kelebihan dalam pertimbangan yang turut bergantung kepada faktor penting lain, seperti kekosongan jawatan, kekananan dan prestasi perkhidmatan.

"Satu kertas kerja yang mencakupi segala aspek menyeluruh mengenai perkhidmatan guru di luar bandar dan pedalaman, termasuk dari segi pemilihan, penempatan, bentuk galakan serta ganjaran sedang pada peringkat akhir penyediaan oleh jawatankuasa yang saya pengerusikan.

"Usaha ini dimulakan sejak akhir tahun lalu di mana kita mengambil kira, mempertimbang dan membincangkan secara teliti semua isu berkaitan serta masalah daripada keseluruhan aspek yang dijangka timbul berhubung perkara berkenaan," katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kelmarin, berhubung cadangan mewajibkan guru bertugas di pedalaman serta luar bandar antara tiga hingga lima tahun dalam tempoh perkhidmatan sebagai salah satu langkah mengatasi kekurangan tenaga pengajar di kawasan itu.

Muhyiddin berkata, sebagai penggalak, mereka akan diberikan ganjaran yang diharap dapat mengatasi masalah kekurangan guru di luar bandar dan pedalaman yang dialami sektor pendidikan ketika ini.

Alimuddin berkata, kertas kerja yang disediakan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian itu akan siap tidak lama lagi dan akan dibentangkan pada mesyuarat pengurusan dan profesional sebelum dikemukakan kepada Muhyiddin untuk kelulusan.

"Apabila ia diluluskan, dasar baru berkenaan boleh dilaksanakan dalam tahun ini juga sekiranya sempat atau pada sesi persekolahan baru tahun depan," katanya.

Beliau berkata, guru harus melihat penempatan di sekolah luar bandar dan pedalaman selama tiga hingga lima tahun daripada keseluruhan tempoh 33 hingga 35 tahun perkhidmatan mereka dalam profesion itu, sebagai satu tanggungjawab sosial dan khidmat negara yang amat bermakna.

Katanya, rata-rata tenaga pengajar di sekolah luar bandar dan pedalaman ketika ini adalah guru baru, sedangkan khidmat guru berpengalaman melebihi lima tahun juga diperlukan untuk membantu mempertingkat kecemerlangan pendidikan di kawasan itu, sekali gus merapatkan jurang prestasi antara pelajarnya dengan rakan sebaya di sekolah bandar.

"Justeru, kertas kerja itu tidak hanya bertumpu kepada penghantaran guru baru, sebaliknya turut mengkaji kepentingan menempatkan guru berpengalaman ke luar bandar serta pedalaman untuk mengisi kekosongan berdasarkan keperluan opsyen, terutama bagi mereka yang belum pernah ditukarkan ke kawasan berkenaan.

"Memang ada guru berpengalaman yang tidak pernah ditukarkan ke kawasan luar bandar atau pedalaman walaupun sudah hampir bersara. Maka, dasar umpama khidmat negara sebegini dipercayai akan mendorong guru berusaha mendapatkan penempatan ke sekolah luar bandar dan pedalaman lebih awal," katanya.

sumber : www.bharian.com.my

Read more...

Guru wajib ke luar bandar

Guru wajib ke luar bandar

Oleh Khairul Azran Hussin
khaiazr@bharian.com.my


TIMBALAN Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin diwawancara oleh Suhaimi Sulaiman pada program Temubual Eksklusif Bersama Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin di Agenda Awani, rancangan terbitan Astro, di Kuala Lumpur, malam tadi. - Foto Nik Rosli Ishak.

  • Tempoh tugas tiga hingga lima tahun tempoh perkhidmatan
  • Cikgu baru mesti mengajar di pedalaman
KUALA LUMPUR: Guru akan diwajibkan bertugas di pedalaman dan luar bandar antara tiga hingga lima tahun dalam tempoh perkhidmatan sebagai salah satu langkah mengatasi kekurangan tenaga pengajar di kawasan itu, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin

Timbalan Perdana Menteri berkata, Kementerian Pelajaran juga akan mewajibkan guru baru mengajar di pedalaman, sekali gus mengelakkan sistem pendidikan negara berada dalam kepincangan berikutan keengganan guru bertugas di kawasan berkenaan.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, sebagai penggalak, mereka akan diberikan ganjaran yang diharap dapat mengatasi masalah kekurangan guru di luar bandar dan pedalaman yang sedang dialami sektor pendidikan ketika ini.

"Ketika ini elaun maksimum RM1,500 diterima oleh guru yang mengajar di kawasan pedalaman. Kementerian akan memikirkan bentuk imbuhan baru untuk mereka.

"Contohnya, dalam tempoh 30 tahun berkhidmat, guru perlu pergi ke pedalaman dan begitu juga guru baru. Kerajaan akan memikirkan dorongan dalam bentuk baru untuk menggalakkan guru ke pedalaman," katanya ketika ditemuramah dalam program temubual Agenda Awani, rancangan terbitan Astro, di sini malam tadi.

Muhyiddin juga berkata, sudah tiba masanya guru mengubah corak pemikiran dengan menganggap mereka adalah golongan yang bertanggungjawab menggalas tugas mendidik anak bangsa.

"Mengubah minda guru untuk menggalakkan mereka berkhidmat di kawasan yang jauh dari bandar adalah satu cabaran dan kekangan kepada kementerian ketika ini," katanya.

Sementara itu, Muhyiddin berkata, kerajaan mensasarkan 87 peratus kanak-kanak memulakan sesi prasekolah atau kelas tadika seawal usia empat hingga enam tahun.

"Ketika ini jumlah kanak-kanak yang memasuki prasekolah ialah 67 peratus dan kementerian akan memastikan jumlah itu meningkat bagi melahirkan generasi pelapis yang berkualiti.

"Kita sangat menggalakkan pihak swasta untuk turut sama dengan kerajaan menyediakan pendidikan awal kepada kanak-kanak. Kerajaan akan memberi imbuhan dan ganjaran kepada pihak swasta yang menyediakan kemudahan bilik darjah bagi tujuan prasekolah," katanya.

Beliau juga berkata, kementerian akan melaksanakan transformasi kurikulum sekolah yang menekankan aspek penerokaan ilmu secara mendalam melalui pembelajaran yang lebih menyeronokkan dan tidak hanya berorientasikan peperiksaan semata-mata.

"Kita dapat lihat masalah berat badan berlebihan atau obesiti semakin ramai di kalangan murid. Dengan menekankan pentingnya sukan, saya berharap ia sedikit sebanyak mengelakkan masalah itu berlaku di kalangan anak kita," katanya.
SUMBER :www.bharian.com.my

Read more...

Berkhayal baik untuk minda

>> Rabu



TONY BUZAN (kanan) menunjukkan buku Panduan Kemahiran Belajar Buzan di Genting Highlands semalam.


GENTING HIGHLANDS - Pengasas dan guru Peta Minda terkemuka dari Britain, melancarkan buku Panduan Kemahiran Belajar Buzan dalam versi bahasa Malaysia pertama di sini semalam.

Buku Panduan Kemahiran Belajar Buzan terbitan Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. (UP&D) itu merupakan satu daripada siri empat buah buku yang bakal dilancarkan pada tahun ini.

Tiga buah buku yang lain ialah Buku Memori, Buku Peta Minda dan Peta Minda Untuk Bisnes.

Menurut Buzan, melalui buku berharga RM40 itu pembaca boleh mempelajari tentang teknik melakar kata kunci serta imej utama menerusi Peta Minda bagi meningkatkan memori mereka.


Tony Buzan


"Keupayaan berkhayal harus dipupuk untuk menghasilkan Peta Minda kerana melalui cara itu, orang ramai boleh memperbaiki daya konsentrasi, pemahaman serta mengaktifkan fungsi kedua-dua belah otak," katanya pada program Meneroka Minda-Minda Hebat anjuran Institut Aminuddin Baki (IAB) di sini semalam.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pengarah Eksekutif UP&D, Dr. Ahmad Hairi Abu Bakar, Pengarah IAB, Datuk Abd. Ghafar Mahmud dan Pengarah Urusan Buzan Malaysia, Chris Tiew.






ORANG ramai membeli buku Tony Buzan di Genting Highlands semalam.


Maklumat lanjut mengenai buku itu boleh diperoleh dengan menghubungi UP&D di talian 03-92856577 atau layari laman web www.upnd.com.my. Untuk info tentang program Peta Minda Tony Buzan di Malaysia, sila hubungi Chris Tiew di talian 03-77828008 atau 012-6681928.

Read more...

Guru baru wajib mengajar di pedalaman

>> Ahad

Oleh ZAKI SALLEH
zaki.salleh@kosmo.com.my

BALIK PULAU – Tiga tahun mengajar di sekolah pedalaman adalah antara syarat baru yang akan diwajibkan kepada bakal- bakal guru.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, syarat-syarat itu membabitkan guru lepasan Institut Pendidikan Guru (IPG) kelolaan kementerian itu serta institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Bagaimanapun jelasnya, perkara itu masih pada peringkat cadangan tetapi menjadi salah satu strategi kementerian dalam usaha melahirkan barisan guru yang terlatih termasuk dari segi pengajaran dan psikologi.

“Pendedahan ini amat baik dan memberi pengalaman berguna kepada mereka. Cara ini juga dapat memastikan hanya calon yang benar-benar bersedia menyandang jawatan ini.

“Walaupun syarat ini telah diguna pakai tetapi objektifnya seperti yang dihasratkan kementerian kurang berjaya kerana kerap kali ada campur tangan pihak luar untuk guru baru ini bertukar,” katanya.

Beliau ditemui selepas merasmikan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2009 anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Balik Pulau di sini semalam.


sumber : www.kosmo.com.my

Read more...

Minggu Ke 2 @ KENT

>> Selasa

Rasanya belum terlambat untuk mengucapkan selamat kembali ke Kent buat rakan-rakan sekalian walaupun telah seminggu berlalu.

Al-maklumlah....kembali sahaja ke IP banyak tugas yang perlu dilaksanakan...
apa2 pun selamat menempuh semester 7 buat rakan-rakan sekelas sekalian.

Tahniah diucapkan kepada saudara Alvin kerana telah dilantik menjadi Ketua Unit dan dibantu oleh saudara Awangku Azwan.


Ketua Unit Semester 7


Penolong Ketua Unit Semester 7

Read more...

Selamat Menyambut Tahun Baru 2010

>> Khamis


Read more...



Selamat Menyambut Hari Natal diucapkan kepada rakan-rakan yang meraikannya.....

Read more...

Muhyiddin lancar Standard Guru Malaysia

>> Rabu

TAWAU: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebentar tadi melancarkan Standard Guru Malaysia (SGM) di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Tawau di Balung dekat sini.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, SGM adalah garis panduan bagi pembangunan profesionalisme guru berasaskan tahap kecekapan yang diperlukan.

Katanya, pelaksanaannya adalah berpandukan dua elemen iaitu standard dan keperluan.

"Semua guru boleh menggunakan SGM untuk mengukur dan menaksir prestasi kendiri, di samping menentukan keperluan latihan serta perkembangan profesional kerjaya berasakan prinsip pembangunan kerjaya berterusan," katanya.

sumber : www.bharian.com.my

Read more...

Salam untuk semua....

>> Khamis


Selamat bercuti dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha buat rakan-rakan PSV seterusnya buat warga IPGM Kampus Kent....

Read more...

Ayat suci di badan bayi

>> Rabu



MAKHACHKALA: Seorang bayi Dagestan membingungkan doktor apabila ayat suci al-Quran ditemui pada tubuhnya.

Ibu bapa kanak-kanak berusia sembilan bulan itu, Ali Yakubov, berkata mereka terkejut apabila perkataan Allah timbul pada dagunya sejurus selepas dia dilahirkan.

Sejak itu, beberapa ayat suci dalam bahasa Arab muncul pada belakang, lengan, kaki dan perut Ali.

Keluarganya mendakwa, ayat lama akan hilang dan ayat baru pula muncul.





Biasanya, ia berlaku dua kali seminggu, iaitu setiap Isnin dan malam Jumaat.

Pegawai perubatan berkata, mereka tidak dapat menjelaskan kejadian misteri itu tetapi menolak kemungkinan ditulis seseorang pada kulit kanak-kanak itu.

Ibunya, Madina, berkata dia dan suaminya semakin patuh dalam melakukan suruhan agama selepas kejadian itu.

Madina dan suaminya pada mulanya tidak menunjukkannya kepada sesiapa penemuan itu sehinggalah baru-baru ini apabila perkara itu didedahkan kepada doktor.

Ali kini menjadi tumpuan masyarakat Islam di Dagestan.

Anggota Parlimen tempatan, Akhmedpasha Amiralaev, berkata kanak-kanak itu adalah tanda kebesaran Tuhan.

“Allah menghantarnya ke Dagestan dalam sebagai tanda untuk menghentikan keganasan dan ketegangan di negeri kami,” katanya.

Menurut Madina, Ali biasanya meragam apabila kejadian aneh itu berlaku.

“Dia akan menangis dan suhu badannya meningkat. Sukar untuk memegangnya ketika itu.

“Tubuhnya pula bergerak aktif, memaksa kami meletakkannya dalam buaian.

“Sungguh sedih melihat dia menderita ketika itu,” katanya.

Seorang imam tempatan, Abdulla, memberitahu penduduk tempatan, memang ada ayat dalam al-Quran yang menyatakan, Tuhan akan menunjukkan kekuasaan-Nya di pelbagai tempat dalam dunia, selain pada diri manusia sendiri untuk membuktikan bahawa al-Quran itu kitab yang benar.

“Kejadian itu tidak sepatutnya disembunyikan,” katanya. - Agensi


Read more...

Hari Ketiga

>> Sabtu

Kejutan...saudara Awang Azmi antara pelukis yang aktif di negeri Sabah telah datang melawat pameran kami sambil memberi kritikan seni yang membina. Beliau turut melihat karya yang pernah kami hasilkan sebelum ini.








Read more...

  © psvcrew by PISMP-IPGM PSV Ambilan Januari 2007 IPGM Kampus Kent 2009

Back to TOP