Pameran Fotografi

>> Jumaat

Setelah tamatnya sesi praktikum selama 3 bulan, PISMP Pendidikan Seni Visual telah mengorak langkah untuk mengadakan pameran fotografi yang bertemakan Kent. Pameran ini telah diadakan pada 13 Mei 2010 bertempat di laluan blok pentadbiran.

Pameran kali ini telah dirasmikan oleh En. Romli Bin Darus, Timbalan Pengarah IPG Kampus Kent yang telah diiringi oleh En. Ismail Bin Ag. Piut, Ketua Jabatan Kajian Sosial, En. Mansor Mad Desa serta En.Mohd Sawari Bin Rahim selaku pensyarah Pendidikan Seni Visual.

Tujuan pameran ini diadakan adalah bagi memperkukuhkan elemen asas seni yang telah dipelajari bagi diaplikasikan di dalam fotografi kerana elemen asas seni ini tidak terletak pada lukisan semata-mata dan boleh digunakan dalam pelbagai cabang seni termasuklah seni foto.

Diharapkan penganjuran pameran ini dapat diadakan lagi pada semester hadapan dengan pelbagai aktiviti seni yang menarik agar kelas PISMP PSV Ambilan Januari 2007 sentiasa terus berkarya.

*Selamat Menempuh Peperiksaan Semester 7 buat semua...semoga berjaya   

0 ulasan:

Catat Ulasan

  © psvcrew by PISMP-IPGM PSV Ambilan Januari 2007 IPGM Kampus Kent 2009

Back to TOP