Mata luar biasa pelukis

>> Sabtu


Zulkiflee di samping karyanya 'Destructive Behaviour'.

Perkara harian menjadi karya berseni di tangan mereka

SESUAI dengan judul Pameran Dikalajingga: Dari Kerana Mata ..., peminat seni rupa akan dapat melihat betapa perkara biasa akan menjadi luar biasa apabila jatuh di tangan pelukis yang biasa bermain dengan emosi dan meluahkannya di atas kanvas melalui bahasa berus.

Sebahagian kaki, separuh tubuh wanita, lelaki berkelubung dalam kain pelekat, pemuda merangkak dalam percubaan menangkap sesuatu, insan berwajah haiwan, manusia bersenda dengan lembu dan lelaki dewasa menunggang motosikal kecil, suatu yang biasa menjadi karya berseni.

Pameran Dikalajingga: Dari kerana mata …’ adalah pameran sulung kumpulan terbabit, walaupun sudah hampir 10 tahun ditubuhkan oleh Nurazmal Yusoff, Samsuddin Lappo, Khairina Khairuddin, Zulkiflee Zainul Abidin dan juga Haris Ahmad Hamsani.

Kurator Pameran Dikalajingga, Badrolhisham Mohamad Tahir, menjelaskan pameran sulung Dikalajingga yang sudah berusia 10 tahun membuka ruang kepada peminat seni rupa tanah air untuk meneliti dan menilai 25 karya Nurazmal Yusoff, Samsuddin Lappo, Khairina Khairuddin, Zulkiflee Zainul Abidin dan juga Haris Ahmad Hamsani.

“Kita melihat apa yang mahu dilihat, tetapi dalam konteks seni, ia menjadi bukti bagaimana seniman melihat dan

KAKI Perempuan karya Shamsuddin mengundang pelbagai reaksi.

pemerhatian pelukis terhadap sesuatu yang berkaitan dengan massa sehingga memungkinkan mereka berkomunikasi dengan khalayak,” katanya pada Galeri selepas pelancaran di Galeri RA Fine Arts, Jalan Aman off Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Zulkiflee Zainul ketika ditanya mengenai karyanya, The Crisis I: Between You and Me berkata, “Lukisan ini terhasil akibat tekanan yang saya hadapi tatkala melihat dan mendengar isu politik di Perak baru-baru ini. Pergeseran yang berlaku mencetuskan konflik dalam diri kerana saya bimbang dengan keadaan politik negara.”

Dua lagi karya beliau, The Crisis II: Tabung dan Destructive Behaviour After Ahmad Zaki mengheret pengunjung untuk berkongsi pemberontakan secara senyap yang berlaku dalam dirinya yang meskipun sukar untuk diluahkan dengan kata-kata, tetapi palitan garis dan warna menerusi figura menceritakan segala-galanya.

Nurazmal Yusof atau lebih selesa dipanggil Ali, tampil dengan potret diri lewat Getting Bored dan Waiting for Something to Happen dan berkongsi kisah di sebalik tabir kehidupan seorang badut yang meskipun tampak gembira secara lahiriah, ada kalanya lara bersarang dalam diri.

KHAIRINA di samping karyanya, 'Are You Mocking Me?... Yeah.'

Bekas Pensyarah Lukisan, Universiti Lim Kok Wing, Khairina Khairuddin, menarik perhatian pengunjung dengan In Vertigo yang memaparkan konflik jiwa kanak-kanak apabila segala kemahuan ibu bapanya terpaksa dipikul menjadi satu tanggungjawab sehingga tidak berpeluang menjalani kehidupan normal.

Haris Ahmad tampil dengan Cheritera Tubuh 1 dan Cheritera Tubuh 2, sebagai perlambangan kepada politik, sosial, pemikiran, imaginasi, kekurangan serta kecantikan jika ditafsir maksud yang tersirat dan bukan sekadar kisah di sebalik

paparan fizikal.

Lukisan Kaki Perempuan karya Shamsuddin Lappo mengundang pelbagai reaksi daripada pengunjung kerana ada yang mempertikaikan kebenarannya, tetapi ada juga pengunjung tidak mengakui ia karya terbabit bukan sekadar memerlukan tafsiran secara harafiah.

Sumber : www.bharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

  © psvcrew by PISMP-IPGM PSV Ambilan Januari 2007 IPGM Kampus Kent 2009

Back to TOP