ALIRAN SENI MODEN

>> Isnin

IMPRESSIONISME

Imperssionisme adalah satu istilah yang longgar untuk menamakan hasil-hasil karya beberapa orang seniman di Paris pada sekitaran tahun 1872-1882. Ia bukanlah satu badan atau ‘school’ yang rasmi, tetapi merupakan manifestasi orang perseorangan yang mempunyai persamaan dari segi stail dan cara melihat yang pada dasarnya di tumpukan kepada ‘menangkap kesan-kesan cahaya’ untuk diterjemahkan di atas kanvas. Ciri-ciri seperti inilah yang membolehkan penonton menghayati karya-karya mereka sebagai satu stail.

POST-IMPRESSIONISME
Tidak seperti Kubisme, Futurisme ataupun Surrealisme, Post-Impressionisme bukanlah sebuah kumpulan yng terancang. Ia merupakan satu istilah yang digunakan untuk menamakan sekumpulan pelukis yang aktif berkarya pada akhir abd ke-19. Mereka dipengaruhi oleh Impressionisme, tetapi kemudiannya merasakan prinsip-prinsip Impressionisme terlalu terhad. Mereka menolak Impressionisme dan membentuk prinsip-prinsip tersendiri.

EKSPRESSINESME
Ekspressionesme berpusat di Jerman. Selain dari seni lukis, aliran ini turut mempengaruhi sastera, drama, muzik dan seni bina. Ekspressionisme mencapai kemuncak pada sekitaran tahun 1990-1920. Meskipun ia berpusat di Jerman, seniman-seniman dari beberapa negara Timur dan Eropah Tengah termasuk Russia bertumpu ke Bandar-bandar Jerman seperti Berlin, Munich, Dresden dan Cologne. Ini merupakan kelahiran bandar-bandar seni yang baru di Eropah, selepas Rom, Florence dan Paris.

*untuk nota lengkap sila download file ini...
download file

0 ulasan:

Catat Ulasan

  © psvcrew by PISMP-IPGM PSV Ambilan Januari 2007 IPGM Kampus Kent 2009

Back to TOP