Cergas Bersama Tutor

>> Rabu

Pada hari Isnin yang lepas iaitu bersamaan dengan 19hb Januari 2009 jam 3.30 hingga 5.30 petang, Pismp-Ipgm PSV telah mengadakan aktiviti perlawanan badminton di antara kumpulan tutorial En.Jontiri dan En.Sawari.

Perlawanan ini telah diadakan di Dewan Bersatu Tuaran. Tujuan perlawanan ini diadakan adalah bagi mengeratkan lagi ikatan silaturahim di antara kumpulan tutorial. Aksi sengit dapat dilihat semasa perlawanan diadakan di mana kedua-dua kumpulan tutorial terikat dengan keputusan 4-4. Diharapkan agar aktiviti sebegini dapat diadakan lagi sebagai wadah perpaduan.

0 ulasan:

Catat Ulasan

  © psvcrew by PISMP-IPGM PSV Ambilan Januari 2007 IPGM Kampus Kent 2009

Back to TOP