ISL MINGGU 7 PSV 3102 MENEROKA UNSUR-UNSUR SENI- WARNA & JALINAN

>> Jumaat


Amron Omar
Pertarungan
Category: Painting
Year: 1980
Medium: Cat Minyak



Thomas Eakins
Wrestlers
United States, Pennsylvania, Philadelphia, 1844-1916






Warna
Warna adalah unsur yang amat penting dalam segala ciptaan hasil seni visual kerana warna dapat mempengaruhi perasaan kita. Sebagai contoh, warna yang terang dan cerah menimbulkan perasaan riang dan gembira. Sebaliknya, warna yang gelap dan kelam menimbulkan perasaan muram dan sedih.

Untuk karyanya, Thomas Eakins telah menggunakan warna monokrom iaitu menggunakan 1 jenis warna sahaja dalam karyanya tetapi telah menambah sedikit warna putih untuk mengurangkan nilai kuasa pada warna tersebut bagi membentuk ton. Ton yang terbentuk akan menghasilkan ruang hadapan dan belakang. Oleh itu, warna yang digunakan oleh Thomas Eakins ini telah menimbulkan suasana yang suram. Sapuan warna yang kasar juga telah menampakkan lagi suasana suram dalam karya beliau ini.

Bagi Amron Omar, beliau tidak menggunakan warna monokrom dalam karyanya tetapi telah menggunakan kepelbagaian warna untuk menimbulkan keadaan yang lembut. Penggunaan warna merah ini telah menampakkan penegasan pada karya beliau. Selain itu, Amron Omar juga bermain dengan warna dalam karyanya ini bagi menampakkan pengcahayaan dalam karyanya hingga menimbulkan bayang-bayang pada figura tersebut. Penggunaan sapuan warna yang lembut juga telah menampakkan prinsip irama dan pergerakan dalam karya beliau.




Jalinan
Jalinan ialah kesan yang terdapat pada permukaan sesuatu benda. Jalinan pada objek alam atau benda buatan manusia membuatkan objek-objek itu lebih cantik dan menarik. Terdapat dua jenis jalinan iaitu jalinan sentuh dna jalinan tampak.

Jalinan sentuh merupakan jalinan yang dapat dirasai melalui sentuhan, sering diaplikasikan dalam penghasilan seni visual seperti kolaj, arca, catan impasto dan sebagainya. Jalinan sentuh juga wujud pada hasil kraf tangan tradisional seperti anyaman, tenunan dan ukiran.

Jalinan tampak pula ialah jenis jalinan dalam bentuk dua dimensi, hanya dapat dilihat dan tidak dapat dirasai melalui sentuhan. Jalinan tampak penting dalam penghasilan seni visual seperti lukisan, ilustrasi, catan dan gubahan corak supaya karya kelihatan lebih menarik, hidup dan bergaya.

Dalam kedua-dua karya Thomas Eakins dan Amron Omar ini, unsur jalinan yang terdapat dalam hasil karya kedua-dua pengkarya ini ialah jalinan tampak kerana catan yang dihasilkan menggunakan media cat minyak.

Thomas Eakins dalam karyanya Wrestlers telah menggunakan teknik sapuan berus yang kasar. Teknik sapuan yang digunakan telah mempengaruhi keseluruhan karya tersebut bagi menghidupkan suasana di dalam karya catan. Jika kita lihat catan Thomas Eakins ini memperlihatkan suasana pertarungan dalam keadaan yang suram. Dapat dilihat juga teknik sapuan telah digunakan bagi membentuk rupa figura pada ruang belakang.

Berbeza pula dengan karya Amron Omar, untuk menghidupkan jalinan tampak pada karya beliau, beliau telah menggunakan teknik sapuan lembut. Tujuannya adalah untuk mewujudkan pertarungan budaya Melayu yang penuh dengan nilai-nilai kebudayaan.

0 ulasan:

Catat Ulasan

  © psvcrew by PISMP-IPGM PSV Ambilan Januari 2007 IPGM Kampus Kent 2009

Back to TOP